Wednesday, September 5, 2012

JOM CAKAP SABAH..

Kawan-kawan saya dari Borneo  memang sedap loghat bahasa dia. Kalau saya dengar memang boleh menarik minat nak belajar. Saya pernah beberapa kali ke Sabah dan memang suka dengan loghat di sana. Saya akui bolehlah bercakap bahasa Sabah sikit-sikit tapi kalau saya bercakap begitu, bunyinya kelakar sikit.

Hari ini saya nak share sikit, beberapa loghat atau bahasa yang saya tau pasal Sabah ni. Kalau korang nak belajar, bolehlah menjadi rujukan. Kalau salah dan silap dari saya harap maaf boleh tolong perbetulkan di ruangan komen ya.

saya/ aku = aku
engkau/ awak/ kamu= ka'u
dia = ia
mereka = sigam

siapa nama awak?
= siapa nama kamu/ kau?

dimana awak tinggal?
= kau duduk di mana? kau tinggal di mana?

kerja kat mana?
= di mana kau kerja?


 awak orang baru kat sini ke?
= kita orang baru di sini kah?

siapa kat sana tu?
= siapa juga sana tu?

hari ni panas sangat
= panasnya juga ini hari

makanlah,jangan malu- malu
= bha makanlah, jangan ditinguk- tinguk jak, jangan malu- malu

 
nda - tidak
bubut - kejar
limpas - tumpang lalu
bobok - tidur

mau - mahu
senteng - kurang siuman
(kaum bajau)
mangan - makan
nginum - minum
 
tuli - tidur
cantik - lingkat
senyum - ngoyom
siang - ellau

malam – sangom
(Contoh :Kadazan)
logot-logoton dikoyu mamanau kio, ogumu paku doiti tii.
=perlahan-lahan kamu jalan k, byk paku di sini ni.

~nokopodu koh no ?
=ko sudah mandi ka ?

mimpodu poh tii
=mau mandi dulu ni

nakakan koh no ?
=ko sudah makan ka ?

Apabila mendengar orang Sabah sendiri berbahasa, saya selalunya terpukau dan tengok sahaja gaya dia bercakap. Selalunya saya akan kena marah dengan dia kerana tenung dia sebegitu rupa. Haha.. Sabah memang BEST!! 
 

  

Tuesday, August 7, 2012

Sabah Dan Lagunya

Sabah yang diberi jolokan Negeri di Bawah Bayu bukan calang-calang negeri. Dengan jalanraya yang jauh menghubungkan semua lokasi di Sabah amat mudah untuk orang Sabah ke sana sini menjalankan urusan harian. Di Sabah juga, rasanya adalah negeri paling banyak kenderaan pacuan empat roda kerana ia lebih mudah digunakan di kawasan muka bumi yang tinggi dan berbukit-bukau.


Siapa tahu kisah di sebalik bendera negeri Sabah yang unik ini. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.

Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Rupa-rupanya negeri Sabah juga turut memiliki Bunga Rasminya yang tersendiri iaitu bunga yang menjdi kebangaan seluruh dunia iaitu Bunga Patma atau Rafflesia Arnoldii


Bunga ini merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 centimeter (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Patma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816.. Bunga Patma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.

Sabah juga ada lagunya tersendiri dengan liriknya mengajak muda-mudi dan semua rakyat Sabah yang sentosa bersatu membawa Sabah maju dan jaya.

‘Sabah Tanah Airku’
Sabah tanah airku, Negeri kita yang tercinta Pemuda pemudi Semua marilah Bangunlah bersatu semua Marilah bersama serta maju jaya Merdeka sepanjang masa Bersatu segala bangsa sentosa Sabah negeri merdeka 

Lagu ini berunsur patriotik bagi menanam semangat kerjasama dan bersatu ke arah kemajuan di samping memperingati kemasukan negeri Sabah ke dalam gugusan merdeka bersama-sama negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia termasuklah Sarawak pada tahun 1963.

Lagu ciptaan H.B. Hermann dari Jalan Geylang, Singapura telah dipilih dan diisytiharkan sebagai lagu Sabah. H.B. Hermann adalah seorang pemain biola profesional yang telah mendapat pendidikan awal di Warsaw, Poland dan sebelum berhijrah ke Singapura pernah mengembara ke Jerman, Rusia dan Siberia untuk mengadakan pertunjukan opera dan muzik.

p/s : Bersemangat bila menyanyikan lagu Sabah ini


Saturday, August 4, 2012

Warna-Warni Negeri Sabah

Kalau nak berikan label warna-warni pada negeri Sabah saya setuju sangat kerana dari segi bentuk muka buminya dari yang landai sehinggalah ke tanah tinggi Sabah memiliki segala-galanya. Kalau kita di Semenanjung ni, biasanya komposisi kaum dan bangsa hanya terbahagi kepada beberapa bahagian sahaja. Tetapi di Sabah memang hebat sebab banyak.

Lihat lah sahaja antara foto yang berada di Google yang diambil oleh Henry Matakin ini pelbagai warna-warni menghiasi populasi kaum di negeri Sabah. Bila kaum itu pelbagai, sudah pasti jens pakaian dan warnanya juga berbeza dan bermacam-macam jenis.

Kalau nak diikutkan pada maklumat yang saya tahu Sabah didiami oleh kira-kira 3,117,405 daripada banci pada tahun 2010. Kalau tahun ini pastinya lebih lagi tetapi saya tidak ada maklumat itu. Daripada jumlah itu, 20.56% adalah merupakan pelbagai jenis Bumiputra Sabah iaitu Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, dan Jawa. Selepas itu, 17.82% adalah Kadazan Dusun.Manakala 14 % ialah kaum atau etnik Bajau.

Kemudian datang pula bangsa Cina di Sabah majoritinya berbangsa Hakka dengan kira-kira 9.11%. Selepas itu ada pula etnik Murut dengan kira-kira 3.22%. Itulah antara beberapa kumpulan etnik yang penting di Sabah yang jumlah terlalu banyak. Tetapi mereka dapat hidup aman dan sentosa tanpa sebarang masalah melibatkan perkauman.


Sebut pasal keistimewaan Sabah, ini adalah tempat impian saya yang saya nak tuju di Sabah satu hari nanti iaitu Kundasang. Harap-harap, adalah rezeki untuk saya sampai di lokasi ini nanti ya.

p/s : Sabah memang berwarna-warni



Sabah Yang Istimewa

Ini adalah entry pertama blog saya yang merupakan seorang anak muda dari Semenanjung Malaysia tetapi berkeinginan tinggi hendak mengetahui perihal negeri Sabah di Bawah Bayu ini. Pernah satu ketika dahulu saya ke Sabah dan berada di Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Labuan dan juga Semporna semuanya pada masa itu atas dasar pelancongan.


Sabah kalau nak dilihatkan penuh dengan keistimewaan, benderanya sahaja sudah melambangkan keunikan kerana hanya bendera Sabah mempunyai lakaran Gunung Kinabalu sebagai paparan dalan bendera itu yang pastinya menjadi kebanggaan rakyat negeri Sabah. Tambahan pula sekarang sudah popular lagu Anak Kampung yang dinyanyikan oleh Jimmy Palikat tu seluruh negara. Ketika ini hampir semua pusat karaoke lagu itu menjadi pilihan untuk anak muda menyanyikan  lagu tu.

Kini dengar cerita Sabah dikritik oleh sesetengah pihak dalam politik yang bukan kerajaan tapi pembangkang bahawa Sabah dipinggirkan dari kemajuan di Malaysia. Betul ke? Cerita bab politik pulak. Bukannya apa saya rasa terpanggil untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal Sabah ni sebab betul ke negara itu teripinggir.

Negeri Sabah meruakan negeri yang paling banyak mengandungi pelbagai etnik dan suku kaum berbeza. Antara kaum-kaum yang terdapat di Negeri ini ialah Kaum Kadazan, Lundayeh, Dusun, Murut, Bajau, Suluk (Tausug), Melayu-Brunei, Rungus, Orang Sungei, Idahan, Badjao, Illanun (Iranun), Kedayan, Bisaya, Bonggi, Kagayan, Yakan dan Lain-lain yang telah hidup Aman dan Makmur sejak sekian lama.

Kalau anda nak tahu jugak berkenaan negeri Sabah dengan lebih lanjut, saya akan cuba dapatkan beberapa artikel terkini dan menarik mengenai Sabah ni ya. Teruskan dengan blog ini.

p/s : Nak pergi jelajah Sabah lah nanti.