Sabah yang diberi jolokan Negeri di Bawah Bayu bukan calang-calang negeri. Dengan jalanraya yang jauh menghubungkan semua lokasi di Sabah amat mudah untuk orang Sabah ke sana sini menjalankan urusan harian. Di Sabah juga, rasanya adalah negeri paling banyak kenderaan pacuan empat roda kerana ia lebih mudah digunakan di kawasan muka bumi yang tinggi dan berbukit-bukau.
Siapa tahu kisah di sebalik bendera negeri Sabah yang unik ini. Di sudut sebelah atas bendera berwarna
biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.
Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru
muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan
kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan
keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran
sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang
terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu
pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Rupa-rupanya negeri Sabah juga turut memiliki Bunga Rasminya yang tersendiri iaitu bunga yang menjdi kebangaan seluruh dunia iaitu Bunga Patma atau Rafflesia Arnoldii
Bunga ini merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 centimeter (3 kaki)
diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs).
Bunga Patma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan
Dr Joseph Arnold pada tahun 1816.. Bunga Patma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.
Sabah juga ada lagunya tersendiri dengan liriknya mengajak muda-mudi dan semua rakyat Sabah yang sentosa bersatu membawa Sabah maju dan jaya.
‘Sabah Tanah Airku’
Sabah tanah airku, Negeri kita yang tercinta Pemuda pemudi Semua marilah Bangunlah bersatu semua Marilah bersama serta maju jaya Merdeka sepanjang masa Bersatu segala bangsa sentosa Sabah negeri merdeka
Lagu ini berunsur patriotik bagi menanam semangat kerjasama dan
bersatu ke arah kemajuan di samping memperingati kemasukan negeri Sabah
ke dalam gugusan merdeka bersama-sama negeri-negeri lain di Semenanjung
Malaysia termasuklah Sarawak pada tahun 1963.
Lagu ciptaan H.B. Hermann dari Jalan Geylang, Singapura
telah dipilih dan diisytiharkan sebagai lagu Sabah. H.B. Hermann adalah
seorang pemain biola profesional yang telah mendapat pendidikan awal di
Warsaw, Poland dan sebelum berhijrah ke Singapura pernah mengembara ke Jerman, Rusia dan Siberia untuk mengadakan pertunjukan opera dan muzik.
p/s : Bersemangat bila menyanyikan lagu Sabah ini
No comments:
Post a Comment